Cadangan Pembangunan Kompleks Masjid Baru Jamek Al-Ikram Kg. Tualang, Bukit Besar, 06800, Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.
Perhatian
Masjid Al-Ikram masih lagi dalam pembinaan & masih lagi memerlukan dana pembangunan dari orang ramai. Oleh itu, marilah sama-sama menyumbang dalam kerja amal yang mulia ini.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
&
Salam Sejahtera
Masjid sedia ada tidak mampu menampung ahli kariah sedia ada khususnya waktu solat terawih dan hari raya. Ruang jemaah yang tidak mampu diperluaskan lagi serta kedhoifan masjid untuk aktiviti pengimarahan.
Kami di pihak pengurusan pembangunan Masjid Al-Ikram ingin mengambil kesempatan ini untuk membangunkan masjid seluas 22,953 meter persegi di kawasan ini. Segala maklumat pembangunan masjid ini ada termaktub di teks-teks dibawah.
Oleh itu, kami menyeru kepada mereka yang berkemampuan untuk menyumbang di tabung pembangunan Masjid Al-Ikram seperti tertera.
Ataupun secara Bank Transfer ke akaun berikut :
Nama : Dana Pembinaan Masjid Baru Masjid Jamek Al Ikram Kg Tualang
No Akaun : 02084010049006
Bank : Bank Islam
Latar Belakang Pembinaan
Tapak Masjid
Tapak cadangan berkeluasan tapak 22953 meter persegi
bersamaan dengan 5.55 ekar. Pembangunan masjid ini mempunyai
cadangan blok masjid utama, Dewan, Bilik Jenazah, Kuarters (ahli kariah
masjid) serta simpanan untuk Wakaf pekuburan tempat dan kemudahan
tempat letak kereta .
Tapak masjid yang di gunakan berkeluasan 15360 meter
persegi bersamaan 3.68 ekar. Manakala keluasan tanah pekuburan adalah
7593 meter persegi (1.87ac). Keadaan tapak adalah rata dengan
mempunyai kemudahan keluar dan masuk dari tepi jalan utama.
Ciri – ciri Senibina Islam yang moden dan kreatif contohnya
motif geometri merupakan salah satu ciri senibina Islam yang diaplikasikan
dalam rekabentuk masjid. Di samping itu, penggunaan corak-corak ukiran
yang berkonsepkan Islamik diterapkan pada senibina masjid ini. Potongan
ayat-ayat al-Qur’an yang menghiasi ruang solat juga menjadi simbolik
keindahan Agama Islam dan al-Qur’an. Penggunaan bahan binaan yang
berteraskan kaca, besi dan konkrit merupakan bahan binaan utama yang
membentuk rekabentuk masjid yang berkonsepkan Senibina Islam
Menara masjid yang tersergam indah membuktikan keindahan
dan keunikan senibina masyarakat Islam setempat dan menjadi simbol
keagungan dan peradaban Islam di Negeri Kedah. Rekabentuk minaret
yang tinggi menjadikannya satu ‘landmark’ atau titik tumpuan bagi masjid
ini.
Adalah lebih afdal sekiranya bangunan sokongan ditempatkan tidak dibawah
satu bumbung dengan Dewan Sembahyang utama (500 jemaah) dengan
tambahan kira kira 500 jamaah lagi di ruang luar, pendekatan sedemikian
yang diterapkan didalam rekabentuk masjid ini kerana kebersihan adalah
menjadi faktor keutamaan di dalam Islam itu sendiri. Kemudahan sokongan
adalah seperti Bilik Air, Ruang Wudhuk, Bilik Pengurusan Jenazah, Bilik M&E,
dan ‘Minaret’. Kedudukan bangunan – bangunan yang lain ditempatkan
mengikut kesesuaian dengan keadaan tapak.
Secara keseluruhannya, pendekatan ataupun konsep senibina yang
dicadangkan adalah imej bagi kesederhanaan tetapi dapat menyediakan
keselesaan dan dalam memberi kemudahan yang terbaik kepada jemaah
dalam menjalankan kewajipan harian.
Ruangan Masjid
Rekabentuk senibina masjid ini telah mengambilkira keperluan pengguna dalam menjadikannya
sebuah masjid yang berfungsi sebagai tempat umat Islam berkumpul dan beribadat.
- Dewan Solat Utama
- Bilik Imam
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Audio Visual (AV)
- Ruang Solat Terbuka (koridor)
- Bilik Wuduk/ Bilik air
- Bilik Jenazah
- Bilik M&E
- Setor
- Menara Azan
- Tanah Perkuburan
Akan tetapi, pihak pengurusan masih lagi memerlukan sejumlah dana yang besar untuk meneruskan pembangunan masjid baru ini.
Berikut adalah kos anggaran yang diperoleh :
Kos Anggaran
Bangunan Utama | Kos | ||
Rumah Solat Utama | RM 5,000,000 | ||
Bilik Imam | |||
Bilik Mesyuarat | |||
Bilik Wuduk | |||
Bilik Jenazah | |||
Setor | |||
Menara Azan | |||
Bilik M&E | |||
Kos Infrasturuktur | Kos | ||
Jambatan | RM 150,000 | ||
Jalan Keluar masuk dan premix sekitar kawasan | RM 300,000 | ||
Kerja-kerja pembersihan kawasan | RM 100,000 | ||
Kos Konsultant | Kos | ||
Arkitek , Civil & Structure , Soil Investigation , Land Survayer , Mechanical & Electrical , Quantity Survayer | RM 800,000 | ||
Lain-Lain ( Kotijensi ) | RM 1,000,000 | ||
Jumlah Kos Perbelanjaan ( Anggaran ) | RM 9,150,000.00 |
Untuk memastikan projek pembangunan ini berjalan lancar, kami mohon pertolongan anda semua.
Seiring dengan potongan dalil dibawah...
Pahala belanja dijalan Allah S.W.T berganda...
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)
Ataupun secara Bank Transfer ke akaun berikut :
Nama : Dana Pembinaan Masjid Baru Masjid Jamek Al Ikram Kg Tualang
No Akaun : 02084010049006
Bank : Bank Islam
Sijil Permohonan Pembinaan Masjid
AJK Masjid Al-Ikram
NAMA | JAWATAN | ||
TN HJ MOKHTAR BIN ZAKARIA | PENGERUSI | ||
TN HJ FADIN BIN HARUN | TIMB PENGERUSI | ||
SHAHRIZAL BIN HARUN | SETIAUSAHA | ||
MOHD AKMAL BIN FADZIL | PENOLONG SETIAUSAHA | ||
MUAAZ BIN HJ OTHMAN | BENDAHARI | ||
TN HJ MOKHTAR BIN ZAKARIA | UNIT DANA | ||
MUAAZ BIN HJ OTHMAN | |||
MOHD ZUBER BIN HASBULLAH | |||
ABD WAHAB BIN OSMAN | UNIT PERANCANGAN | ||
MUAMMAR BIN MUSTAFFA | |||
MOHD ASRI BIN MOHD SAAD | UNIT PEMBANGUNAN | ||
ISHAK BIN ISMAIL | |||
SYAIRAZI BIN SULAIMAN | |||
NORDIN BIN CHE LAH | |||
KHAIRUL EFENDY BIN HAMID | UNIT PROMOSI & IT | ||
FADZLI BIN CHE MAN | |||
RODHY BIN JUSOH | |||
RAZMI BIN HARUN | |||
RAMLI BIN NAN | UNIT KESELAMATAN | ||
FAUZI BIN BAHAROM | |||
MALEK BIN MURAD | |||
KHAIRUL ANUAR BIN DARUS | KETUA PENYELARAS / KONTRAKTOR | ||
WAN NAJMUDDIN BIN WAN MUSTAFFA | AHLI JAWATANKUASA | ||
ANUAR SADAT BIN HASSAN | |||
SYUKRI BIN ISMAIL | |||
SOHIMI BIN ARIFIN | |||
AMIR BIN ZAINOL ABIDIN | |||
JASNI BIN HARUN | |||
ABD SALAM BIN DAUD |